Wednesday, April 29, 2009

Diari Bulan Mei 2009

1hb Mei (Jumaat)
- Cuti Hari Buruh

2hb & 3hb Mei (Sabtu & Ahad)
- gi Kebun

5hb Mei (Selasa)
- Lawatan dari Sek. Men. Keb. badrul Alam Shah, Kemasek Kemaman

7hb Mei (khamis)
- Cuti Hari Hol

8hb Mei (Jumaat)
- Apply cuti (alang2 dah hujung minggu)

9hb Mei (Sabtu)
- Hari Wesak (tak bermakna pun sbb jatuh hari Sabtu)

11hb Mei (Isnin)
- Lawatan dari Sek. sains Sultan Hj. Ahmad Shah (SHAH), Pekan

13hb Mei (Rabu)
- Meeting Ta'aruf @ 10.00 a.m.

14hb Mei (Khamis)
- lawatan dari student UiTM Perak

15hb Mei (Jumaat)
- lawatan dari Sek. Men. Keb. Tekek, Pulau Tioman, Pahang
-Bertolak utk outstation ke Konvensyen MPP 2009 @ UTHM, Batu Pahat

16hb Mei - 19hb Mei (Sabtu - Selasa)
- Outstation for Konvensyen MPP 2009 @ UTHM, Batu Pahat

as at 30hb April 2009

Diari Bulan April 2009

1hb April (Rabu)
- Master of Ceremony, Opening 4th IIUM Kuantan Inter-Dept. Games 2009
- Telematch @ 5.00 p.m.

2hb April (Khamis)
- Main Petanque @ 5.00 p.m.

4hb April (Sabtu)
- Lawatan dari Sek. Men. Sains Tengku Abdullah, Raub Pahang @ 2.30 p.m.
-Balik Pekan @ 4.00 p.m.

5hb April (Ahad)
- Balik Pekan @ 4.00 p.m.

8hb April (Rabu)
- Gi Gombak, process of OMR answer sheet Co-Cu @ 6.00 a.m.
- Main Lawn Bowls @ 5.00 p.m. kat SUKPA

10hb April (Jumaat)
- Survey venue for IEEP @ Genting Highlands & Bukit Tinggi @ 6.00 a.m.

12hb April (Ahad)
- Balik Pekan

13hb April (Isnin)
- Start demam + sakit telinga

14hb April (Selasa)
- MC

15hb April (Rabu)
- MC
- tapi datang opis sekejap sbb ader meeting IEEP

18hb April (Sabtu)
- Accompanying Officer, Majlis Sambutan Perdana Menteri
- Kul 7.30 dah terpacak kat padang Masjid Negeri ngan student
- kul 11.00 a.m. baru balik umah
- Balik Pekan @ 12.00 tghari

19hb April (Ahad)
- Seminar Kenegaraan BTN for graduating students
- Ganti Danial sbb Danial ader hal.

20hb April (Isnin)
- Start demam balik
- EL

21hb April (Selasa)
- 90% Flat
- Balik umah terus gi klinik
- Masih tak daya....warded kat KMC satu malam
- Suhu badan 39.89C

22hb April (Rabu)
- MC
- Mak pulak masuk wad

23hb April (Khamis)
- MC
- Mak operate

24hb April (Jumaat)
- Cuti jaga mak

25hb & 26hb April (Sabtu & Ahad)
- Jaga mak kat KMC

26hb April (Isnin)
- Lawatan dari Sek. Men. Keb. kamil, Pasir Puteh Kelantan

as at 30hb April 2009.

Jalan-jalan Tugas Rasmi.....3


Dining Hall Selesa Resort


View dari atas, apartment yang terdapat di Selesa Resort


Swimming Pool


View dari bilik


Lagi view dari bilik


Salah sebuah bilik di Selesa Resort


Kemudahan asas dapur di salah sebuah apartment


Bilik Deluxe


Bilik Suite


View hadapan Reception House

Entry ke-3 untuk hari ini.
Setelah menematkan "pengembaraan" di Hotel 1st World, kami turun dari puncak.

Sebelum itu kami dijamu dengan makan tengahari yang enak, beraneka dan berquality.

Sempat juga saya membeli bbrpa bekas Pop Corn perisa Cappucino yang hanya boleh didapati di puncak Genting.

Kami turun dari puncak utk balik dan sebelum itu kami singgah ke destinasi terakhir....Selesa HillHome (Selesa Resort), Bukit Tinggi.

Di sini.....suasananya.......subhanallah....tenang.....nyaman......dingin......

Jika diberi pilihan.....ingin rasanya saya tinggal di sini.....jauh dari bunyi bising kenderaan......
Tapi......kalu duk sini.....tak bekerja......nak bayor ngan mender? Ngan daun? Heheheh....
Bilik2 di Selesa Resort ni pulak amat sesuai dengan kehidupan seharian kita......lengkap ruang tamu, bilik yang selesa, kemudahan asas di dapur dan pemandangan suasana bukit yang tenang lagi mendamaikan......

Marilah kita tatap bbrpa gambar yang sempat disnap dari lensa Hamzah.
Dengan tamatnya "pengembaraan" ini.....maka tamatlah tugas kami utk mensurvey tempat2 yang dirasakan sesuai untuk Family Day OCD & Library.
Kami cuma laksanakan tugas.....namun yang membuat keputusan.....adalah ahli mesyuarat.....
Malam itu....saya tidur dengan penuh rasa kepenatan.....sebelum itu saya "dera" sumai untuk picit tapak kaki saya....heheheh......nasib baik keesokan harinya...hari SABTU.........Alhamdulillah...

Jalan-jalan Tugas Rasmi.....2


Hotel 1st World....view dari Parking Area


Hotel 1st World.....view dari lensa Hamzah

Hotel 1st World.....view dari Bus Parking Area

Kaki Lima Conference Room


24 hours Clinic


Dining Hall yang boleh menempatkan 2000 orang dalam satu2 masa


Sukan Rock Climbing di dalam Indoor Theme Park, Genting


Sukan Archery di dalam Indoor Theme Park, Genting


Shopping Area


Lobby Hotel


View dari salah sebuah bilik


View dari dalam salah sebuah bilik

Entry ke-2 utk hari ini.....
Setelah kami "bersiar-siar" di Colmar Tropicale, kami meneruskan perjalanan ke Puncak Kota Keriangan, Genting Highlands.

Perjalanan kami diiringi pemandangan Banjaran Titiwangsa, saujana mata memandang.

Pada waktu dahulu, Puncak genting langsung tak dapat kita lihat dari kaki bukit Karak.....namun kini....dari awal lebuhraya Karak kita dah dapat lihat Puncak Genting.....Subhanallah.....betapa rakusnya manusia menarah bukit......

Kami tiba di puncak Genting kira2 jam 11.00 pagi....masih berkabus.....sejuk berhawa panas....
Kami terus ke Lobby Hotel 1st World yang merupakan hotel 3 bintang terbesar di dunia kerana mempunyai 6318 bilik kesemuanya dan pernah tersebarai di dalam World Guiness of Record. Kami disambut oleh En. Helmi yang handsome....auuww...
Bermulalah penjelajahan kami di 1st World Hotel...
Gambar-gambar ini akan menceritakan segalanya.
Dari pemerhatian crew....keadaan di sini sungguh hingar bingar.
Dengan pengunjung yang macam semut.......arusnya silih berganti.........raammmaaaiiii sangat.....
Pening kami dibuatnya.......
Bila dah sampai......tak sabar pulak nak turun.........sbb terlalu bising......aduhlahhh.....

Jalan-jalan Tugas Rasmi.....1











Awal Bismillah.....
Bertemu kembali......
Setelah agak lama menyepi......Jentayu patah sayap......sehinggalah patah kuku.......namun akhirnya Jentayu dipulihkan kerana jentayu perlu terus hidup.....
Entry kali ini mengisahkan perjalanan "Jalan-jalan Tugas Rasmi".
Saya dan beberapa rakan lain telah diamanahkan utk merecky tempat utk Islamic Enhancement & Evaluation Programme (IEEP) a.k.a Family Day bagi OCD & Library.
Bertolaklah kami pada awal pagi 10hb April yang lalu ditemani suasana kabus pagi yang sejuk, mulus dan tulus.

Destinasi kami ialah Puncak Kota Keriangan dan Bukit Tinggi.
Bersama-sama dalam perjalanan ialah Pengarah Kampus kami yang macho, smart dan very humble iaitu Prof. Dr. Hj. Kamaruzaman Wan Su yang juga merupakan abang kepada dramatis terkenal Wan Hanafi Su.
Sebenarnya beliau nak attend meeting di Berjaya Hill Resort (COLMAR TROPICALE).

Kami pun terus pasang angan-angan "Kalaulah dapat menghirup udara segar di Colmar.....perrggghhh...."
Bukannya senang nak pergi.......kalau sajer2 nak pergi...takdernyer husband nak bawak.....dahlah kena bayar RM 10.00 sekali masuk.....

Akhirnya kami sampai juga di Colmar Tropicale setelah mengharungi jalan yang berliku2, pening2 lalat dan langau.

Tak payah bayar pun sbb Prof kata kami nak gi meeting...hehehehe.....

Pastu Prof. tanya "U all taknak turun ker?.....Survey2 dulu...ambik2 gambar.....bukan senang nak gi ni......"

Dengan berat hati kami menjawab "Taknaak Prof....kami tau dah kat sini mahal.....tak cukup budget nak buat IEEP"

Last2 Prof. kata "Jangan menyesal"
Akhirnya kami tersedar dari lamunan...."Aper ker hal nya kita cakap takmoh turun.....bukannya kena bayor pun kalu nak ambik gambar.......alang2 menyeluk pekasam....."
Akhirnya...kami turun macam budak2 riang Ribena.....tersengih2......

Dan tataplah gambar2 kenangan sepanjang kami di COLMAR TROPICALE.....Berjaya Hill Resort.

Tuesday, April 7, 2009

Berbakti kepada tanah.....skala besar


Inilah kebun kami


Rambutan yang sedang lebat bunganya


Pokok Cempedak yang sedang lebat berputik di batang


Kerja2 melambakkan tanah (1)


Kerja2 melambakkan tanah (2)

Kerja2 melambakkan tanah (3)

Awal Bismillah.....
Lama jugak tak ke "udara".....
Alhamdulillah bertemu juga kita akhirnya.....
Entry kali ini ialah tentang berbakti kepada tanah.....
Kalau dahulu saya bercerita tentang tanaman skala kecil yang saya usahakan di rumah, kali ini pula ialah tentang tanaman skala besar yang kami sekeluarga usahakan di dusun kami........di kampung Sri Damai, Batu 8, Kuantan.
Hari Isnin 30hb Mac 2009.....semasa siap2 nak gi kerja....abah call katanya ader urusan sikit.....urusan itu memerlukan saya cuti pada hari tersebut.
Kebetulan.....saya pun perlu gi bank untuk sign Standard Instruction (SI) yang baru sbb baru2 ni Base Lending Rate (BLR) Public Bank dah turun...dan kadar bayar balik bulanan pun turun (bolehlah bayar kurang sikit).......
Setelah selesai gi bank, bayar utilities, masak utk tghari, saya gi kebun.....
Lamanya saya tak turun ke kebun.........dah kat 2-3 bulan jugak rasanya....yang selalu turun....abah ngan suami saya.....potong rumput...hehehe.....
Dah banyak rupanya perubahan.......
Kami mula2 usahakan tanah kebun tu pada tahun 1998....2 ekar.......1 ekar dah ader pokok2 rambutan, mangga, cempedak, rambai dan berpuluh2 batang pokok kelapa....semuanya dah besar2 dan tua....
1 ekar lagi bersih suci.....dan kami "kerjakan"....tanam macam2....durian, ciku, rambutan, cempedak, nangka, mangga yang pelbagai jenis, manggis, mata kucing, sentul dan bbrp pokok sampingan seperti serai wangi, cermai, inai dan kelapa pandan.
Dah 11 tahun usia kebun.........dah banyak kali dapat makan rambutan, nangka dan cempedak.
Dah banyak kali pokok kelapa berjasa kepada kami.....mak kumpulkan kelapa tua yang gugur dan kadang2 upah beruk panjat.......mak buang semua sabut......mak jual atau bagi jer kat pembuat2 kuih.....kami hanya tunggu satu jer.....DURIAN......ntah bila lah nak berbuah.....hehehe.....
Hari itu.....rupa2nya abah beli tanah berlori2.....utk tambah dan tinggikan tanah yang satu ekar tu....khabarnya nak buat rumah....
Aduhai....saya dapat agak bhw.....nanti bila abah dah pencen.....nak duduk kat kebun ngan mak......
Tugas saya? Tunggu dan catatkan jumlah lori yang keluar masuk, pastu mak suruh tabur baja, kumpulkan kelapa, bakar sampah.......
Petang nak kat maghrib....baru saya balik umah......kesian kat abah ngan mak....letih sangat muka masing2.......
Tataplah gambar2 yang saya sempat abadikan.....
Itu semua adalah hasil daripada BERBAKTI KEPADA TANAH.....